PANDUAN PENGURUSAN


PANDUAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

1.      Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum.

a.       Menentukan objektif gerakerja Kokurikulum sekolah tercapai.
b.      Bertanggungjawab dalam perlaksanaan dasar gerakerka kokurikulum sekolah.
c.       Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum.
d.      Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancer, berterusan dan berkesan.
e.      Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
f.        Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
g.       Mengawal segala urusan kewangan bagi wang dikutip daripada pelajar.
h.      Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
i.         Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras penyelaras unit.
j.        Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

2.      Tanggungjawab Setiausaha Sukan

a.       Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b.      Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c.       Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform dan Sukan /Permainan.
d.      Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum di patuhi.
e.      Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f.        Memastikan boring-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan mencukupi.
g.       Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

3.      Tanggungjawab Setiausaha Sukan

a.       Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
b.      Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
c.       Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
d.      Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e.      Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
f.        Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti luar sukan sekolah.
g.       Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
h.      Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i.         Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j.        Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti semua sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
k.       Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
l.         Merekod pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam buku rekod pencapaian sekolah.
m.    Menghadiri kursus dari masa ke semasa untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri.

4.      Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform

a.       Mengatur dan menyelia perjalanan Persatuan/Kelab dan Unit uniform.
b.      Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
c.       Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
d.      Menyediakan boring kebenaran Ibu bapa/Penjaga untuk pelajar menyertai Persatuan/Kelab/Unit Uiniform.
e.      Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
f.        Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
g.       Mengurus Buku/Kad kokurikulum.
-mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
-Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
                h.    Menyediakan boring /buku  yang diperlukan untuk aktiviti:
                               -              Borang penyertaan persatuan
                               -              Borang senarai AJK dan ahli.
                               -              Buku laporan aktiviti.
                i.    Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran rujukan dan rekod.
                j.   Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum
                     sekolah.

5.      Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin

a.       Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik jawatankuasa.
b.      Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
c.       Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
d.      Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.
e.      Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
f.        Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
g.       Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan sukan Permainan.
h.      Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda , peralatan diurus dengan baik.
i.         Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.
j.        Mendaftar Pasukan Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Kelab Permainan.
k.       Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
l.         Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah /zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
m.    Bertanggunjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
n.      Menandatangani Buku Kehadiran ahli.
o.      Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan unit yang diwakili.
p.      Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
q.      Memastikan tidak ada unsur sebversif disebarkan dikalangan ahli.
r.        Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
s.       Berkerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
t.        Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masake semasa.

6.      Tanggungjawab Guru Kelab Permainan dan Rumah Sukan.

a.       Membetuk jawatankuasa.
b.      Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
c.       Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
d.      Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
e.      Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim Kokurikulum sekolah.
f.        Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan /Kelas/Tingkatan dan sekolah.
g.       Mengurusksn pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
h.      Mengurus surat kebenaran Ibubapa /Penjaga untuk ke Pertandingan luar sekolah.
i.         Melapor dan merekodkan keputusan –keputusan pertandingan yang disertai.
j.        Menyediakan anggaran perbelanjaaan untuk peralatan dan mengurus   .
k.       Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
l.         Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencakupi untuk digunakan.
m.    Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
n.      Menilai prestasi sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkanya.
o.      Merekod nama pemain dan pasukan yang cemerlang .
p.      Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kebudayaan & Sukan,
Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan.
q.      Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

PENGURUSAN  FAIL
1.      Fail induk Kelab / Persatuan
1.1              Surat permohonan menubuhkan Unit Pasukan Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan dan Sukan Permainan daripada Guru / Murid disertakan bersama:
a.       Draf Perlembagaan
b.      Draf aktiviti asas
c.       Senarai Jawatankuasa Penaja.
1.2              Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua/Guru Besar selaku Penolong Pendaftar Sekolah.Ada penyataan kelulusan penubuhan.
1.3              Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.
1.4              Minit Mesyuarat Agung Penubuhan.
1.5              Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
1.6              Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
1.7              Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
1.8              Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh Pengetua/Guru besar.
1.9              Senarai ahli yang disahkan oleh Guru Pemimpin.
1.10           Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Bendahari.
1.11           Surat kelulusan mengutip derma keahlian daripada Pengetua/Guru besar.
1.12           Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan.
1.13           Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
1.14           Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua/Guru Besar.
1.15           Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada Badan Induk.
1.16           Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk.
1.17           Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
1.18           Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada:
a.       Kementerian Pendidikan Malaysia.
b.      Jabatan Pendidikan Negeri.
c.       Pejabat Pendidikan Daerah.
d.      Sekolah.
1.19           Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.
1.20           Laporan setiap aktiviti.
1.21           Laporan tahunan.
1.22           Daftar penilaian bagi setiap ahli.
1.23           Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru Penasihat daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
1.24           Stok dan Inventori
1.25           Sampel-sampel Sijil/Surat penghargaan.

2.      Fail Pengerusi

2.1              Maklumat ahli
2.2              Senarai ahli jawatankuasadan senarai penasihat
2.3              Perlembagaan Kelab
2.4              Minit Mesyuarat.

3.      Fail Setiausaha

3.1              Minit mesyuarat
3.2              Surat-surat berkaitan kelab
3.3              Buku-buku panduan Kelab
3.4              Perlembagaan Kelab
3.5              Maklumat ahli
3.6              Senarai ahli jawatankuasa dan Guru Penasihat
3.7              Laporan Mingguan (lampiaran 1)

4.      Fail Kewangan(Bendahari)

4.1              Penyata kira-kira kewangan kelab
4.2              Bil-bil pembelian